Monday, 12 May 2014


OHIO – AMERIKA SYARIKAT. Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.

Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP.

"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, " katanya.  

Bayi kembar tersebut  berkongsi kantung amnion dan plasenta.  Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik  atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.

Mereka dilahirkan  pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron, dekat sini.

Thursday, 8 May 2014


GEORGETOWN - Polis menahan sepasang kekasih berusia 16 dan 18 tahun bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki dalam pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pelajar perempuan tingkatan empat itu ditahan di rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin tiga jam selepas mayat berkenaan ditemui.
Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja perempuan itu pergi ke klinik berkenaan pada Selasa lalu selepas mengadu sakit perut dan ditemani ayahnya.
“Ketika sedang diperiksa doktor, remaja itu memberitahu sakit perut dan mahu ke tandas.

“Ketika di tandas dia dipercayai melahirkan bayi itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Berita selanjutnya di Sinar Harian Online



Tentunya ramai yang sudah menyedari kewujudan Maggi Ketam kerana rasanya yang sangat  enak itu. Menurut cerita, Maggi Ketam berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan dan asal usul terjadinya Maggi Ketam dikatakan berasal daripada nelayan kerana nelayan akan membawa Maggi sebagai bekalan makanan mereka semasa di lautan. Terjadinya Maggi Ketam apabila mereka menangkap ketam dan dimakan bersama Maggi sebagai penambah selera semasa dilautan. Al kisahnya macam itulah asal usul terjadinya Maggi Ketam ini menurut cerita orang-orang tua. Cara pembuatannya pula cukup senang kerana tidak memerlukan terlampau banyak bahan. Ianya sangat sesuai untuk di masak oleh golongan bujang khususnya lelaki.


Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Ketam 2 ekor
Maggi 2 bungkus
Bawang merah 2 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia
Serai sebatang
*Daun sup
*Daun bawang
*Limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan air secukupnya dan rebus ketam sehingga masak.

2. Sementara menunggu ketam masak, masukkan serai dan halia. Tambahkan garam, gula, ajinomoto secukup rasa.

3. Apabila ketam sudah masak, angkat dan toskan. Masukkan maggi  kedalam kuah ketam selama beberapa minit dan maggi ketam sedia dihidang. Kalau nak rasa lebih sedap, tambahkan daun sup, daun bawang dan limau nipis.

Maggi Ketam Nipah hasil air tangan sendiri. Bangga sebab memang sedap. Terima kasih kepada "housemate" merangkap "officemate" sebab beri kepercayaan untuk masakkan maggi ketam ini walaupun bahan tidak mencukupi. Tapi Alhamdulillah, sedap. Isi ketamnya sangat manis dan lain dari ketam biasa. Maggi Ketam sangat senang untuk dibuat walaupun bahan tidak mencukupi kerana air rebusan secara automatik menjadi sedap kerana ketamnya. 


Yang ini pula Maggi Ketam Nipah ma tersayang yang buat. Ketam Nipah dari Terengganu ke Kelantan, kalau tak silap RM28.00 sekilo, murah kan? Ketam masih segar dan masih hidup semasa dibeli. Sesiapa yang belum cuba bolehlah mencuba.

Wednesday, 7 May 2014


BUTTERWORTH - Mayat bayi lelaki dipercayai lahir tidak cukup bulan ditemui dalam keadaan terduduk dalam pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth, semalam.

Ia ditemui seorang wanita yang ingin mendapatkan rawatan di klinik itu kira-kira jam 9.10 pagi.

Difahamkan, wanita itu membuka penutup bahagian pam apabila ia gagal berfungsi, lalu menemui mayat itu.

Dia memaklumkan kejadian terbabit kepada kakitangan klinik yang kemudiannya menghubungi polis.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mayat bayi terbabit dipercayai berusia sehari.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat bayi seberat 1.7 kilogram itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

“Keterangan saksi akan direkodkan, manakala sistem kamera litar tertutup (CCTV) akan diteliti untuk mengenal pasti identiti pelaku.

“Senarai pelawat dan pesakit turut diperiksa dan sampel DNA mayat bayi itu dikumpulkan bagi memudahkan polis mengesan ibunya,” katanya.


SIAPA sangka, aktor komedi, Pian Cecupak yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi pengakuannya yang melakukan suntikan wajah, dikhabarkan telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, baru-baru ini.

Meskipun gelaran itu menjadi pertikaian oleh segelintir pihak, namun Pian tetap bersyukur kerana dia terpilih menerima gelaran itu bersama dua rakan artis lain, iaitu penyanyi Boy Iman dan Nash.

“Terpulanglah orang nak cakap apa. Tapi saya sebenarnya banyak melakukan kerja-kerja amal bersama anak yatim, ibu tunggal dan juga jemaah masjid.

"Takkanlah segala benda, lebih-lebih lagi berkaitan amal saya nak hebohkan satu dunia. Saya melakukan kerja amal hanya kerana ALLAH SWT.

“Sesungguhnya hanya ALLAH SWT tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini,” katanya yang kini banyak menghabiskan waktunya menyumbangkan keringatnya membantu golongan yang kurang bernasib baik selain menjadi orang yang
bertanggungjawab menguruskan majlis-majlis keramaian bagi Kerajaan Naning.

Aktif berpersatuan

Walaupun sebelum ini pelakon Nurul Iman atau lebih dikenali dengan panggilan Boy Iman kurang menyerlah dalam industri seni, namun ia tidak membataskan pelakon ini untuk berjaya dengan cara sendiri.

Bersyukur dengan gelaran Datuk yang diterima, Boy berkata, ia bagaikan satu mimpi di dalam hidupnya. Malah dia tidak menyangka kerja amal yang dilakukannya sebelum ini menjadi faktor utama melayakkannya menerima gelaran Datuk.

“Saya terlibat dengan beberapa persatuan atau NGO. Antaranya Persatuan Insan Prihatin Malaysia di mana saya bertindak sebagai timbalan pengerusi.

"Menerusi persatuan saya banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti, seperti projek amal bersama golongan gelandangan, anak yatim, orang-orang tua, ibu-ibu tunggal dan sebagainya,” katanya.

Menurut Boy, dia juga sering menjayakan program keraian yang melibatkan Kerajaan Naning.  
“Sebagai artis, selain menghiburkan tetamu pada majlis-majlis keramaian, peranan saya juga memberi publisiti kepada Yang Amat Mulia dan menguruskan sesuatu majlis,” katanya.

Sementara itu, bagi Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, gelaran yang diterima tidak membuatkannya mendabik dada. Jelas bekas vokalis kumpulan Lefthanded ini, dia masih seperti 'Nash' yang dulu.
“Biarpun telah diberikan gelaran Datuk, itu tidak membezakan siapa diri saya.

“Saya harap dengan penganugerahan ini, usaha saya untuk terlibat dalam kerja amal akan terus berterusan,” katanya yang turut aktif melakukan kerja-kerja amal.
IKEA bukan sahaja terkenal dengan perabot dan hiasan rumah sahaja tetapi ia juga terkenal dengan makanannya yang sedap. IKEA mempunyai pelbagai aneka makanan khas untuk keluarga dari pelbagai lapisan umur. Pada 1 Mei 2014 yang lepas kami sekeluarga telah berkunjung ke IKEA bukan untuk membeli perabot tetapi hanya untuk makan. Alang-alang sudah datang kami pun gunakan peluang untuk mencuci mata melihat perabot dari IKEA. Rekaannya sangat cantik sesuai untuk gaya rumah untuk masa kini. Bagi yang bakal membina rumah tangga bolehlah berkunjung ke IKEA untuk persiapan ke rumah baru. 

Apabila penat memcuci mata kami pun pergi ke ruang makan. Alangkah terkejutnya, ramai sangat pengunjung yang sedang beratur untuk menempah makan. Meja makan pula penuh. Berkat kesabaran dan kemahuan yang mendalam, akhirnya dapatlah kami makan walaupun hari sudah lewat. Jom jenguk makanan kami hasil penat lelah beratur dan menunggu meja kosong.

Meatballs with pasta. 

15 biji meatballs untuk adik yang makan banyak.  

Steak untuk abah dan abang tersayang. Merekalah hero dan buah hati dalam hidup kami sekeluarga.

Chicken wings untuk ma. Kasihan ma tak boleh makan daging, hanya ini je mampu sebab nasi sudah habis, hari pekerja punya pasal semua orang ambil kesempatan untuk datang kesini bersama keluarga mereka sampaikan nasi licin. Chicken wings di makan dengan roti. Alhamdulillah ma yang ini pun dah cakap kenyang.

Fries juga yang berkenan dalam banyak-banyak makanan. Lapar punya pasal semua benda nak.  

Cheese cake yang sangat sedap. Macam aiskrim, serius tak tipu. Baby irham makan lebih separuh, memang sedap. Makan kentang putar lagi, banyak sangat baby irham makan gara-gara penat seharian berjalan sakan. 

Baby irham pantang suapkan makanan, semua benda dia makan kecuali makanan harian dia. Maklumlah budak nak membesar nak makan makanan orang dewasa. Pandai Cik Lang suap baby irham.

Keluarga bahagia, baba dan ibu baby irham. Seronok sangat baby irham hari ini dapat luangka  masa bersama baba dan ibu, selalunya baby irham main dengan pengasuh je tiap-tiap hari. 

Keluarga Mustafa. Terima kasih abah dan ma kerana menjaga dan membesarkan kami empat beradik dengan penuh kasih sayang. Hanya Allah. S.W.T sahaja yang dapat membalas kebaikan dan pengorbanan abah dan ma dalam hidup kami. 

Tuesday, 6 May 2014

KUALA LUMPUR - Penyedia perkhidmatan komunikasi, Maxis Bhd, mempelawa rakyat Malaysia untuk menukar telefon pintar lama mereka kepada iPhone 5S baharu pada kadar harga tukar beli terbaik.
Maxis menawarkan harga tukar beli RM750 bagi mana-mana iPhone 4s atau Samsung Galaxy Note 2 (sebarang varian) dan RM500 bagi mana-mana iPhone 4 atau
Samsung Galaxy S3 (mana-mana varian).
Ketua Perniagaan Pengguna Maxis Dushyan Vaithiyanathan berkata 'program Tukar Beli Naik Taraf Hebat' itu merupakan program pertama seumpamanya di negara ini, yang menawarkan pelanggan cara mudah untuk menaik taraf kepada peranti yang diingini.
"Menerusi program tukar beli ini, Maxis kini mempunyai mengenakan tahap kemasukan terendah untuk iPhone 5s (semua varian) bersama kontrak," katanya.

Untuk menukar beli peranti lama mereka, pelanggan boleh menyimpan data telefon dan membawanya ke mana-mana cawangan Maxis di seluruh negara untuk pemeriksaan pengesahan cepat sebelum memilih pelan iValue pilihan dan telefon.
Pelan iValue 1, 2 atau 3 bermula daripada RM100 setiap bulan selama 24 bulan kontrak. Pelanggan hanya perlu memastikan telefon dalam keadaan yang baik - peranti dapat dihidupkan dan dimatikan dan akses IMEI, skrin paparan berfungsi dan tidak retak, tiada butang rosak/hilang atau retak, dan 'Cari ciri iPhone saya' tidak dikunci (untuk iPhone sahaja).
Tawaran ini sah sehingga Julai 2014, atau sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila klik disini - Bernama