Wednesday, 7 May 2014

IKEA bukan sahaja terkenal dengan perabot dan hiasan rumah sahaja tetapi ia juga terkenal dengan makanannya yang sedap. IKEA mempunyai pelbagai aneka makanan khas untuk keluarga dari pelbagai lapisan umur. Pada 1 Mei 2014 yang lepas kami sekeluarga telah berkunjung ke IKEA bukan untuk membeli perabot tetapi hanya untuk makan. Alang-alang sudah datang kami pun gunakan peluang untuk mencuci mata melihat perabot dari IKEA. Rekaannya sangat cantik sesuai untuk gaya rumah untuk masa kini. Bagi yang bakal membina rumah tangga bolehlah berkunjung ke IKEA untuk persiapan ke rumah baru. 

Apabila penat memcuci mata kami pun pergi ke ruang makan. Alangkah terkejutnya, ramai sangat pengunjung yang sedang beratur untuk menempah makan. Meja makan pula penuh. Berkat kesabaran dan kemahuan yang mendalam, akhirnya dapatlah kami makan walaupun hari sudah lewat. Jom jenguk makanan kami hasil penat lelah beratur dan menunggu meja kosong.

Meatballs with pasta. 

15 biji meatballs untuk adik yang makan banyak.  

Steak untuk abah dan abang tersayang. Merekalah hero dan buah hati dalam hidup kami sekeluarga.

Chicken wings untuk ma. Kasihan ma tak boleh makan daging, hanya ini je mampu sebab nasi sudah habis, hari pekerja punya pasal semua orang ambil kesempatan untuk datang kesini bersama keluarga mereka sampaikan nasi licin. Chicken wings di makan dengan roti. Alhamdulillah ma yang ini pun dah cakap kenyang.

Fries juga yang berkenan dalam banyak-banyak makanan. Lapar punya pasal semua benda nak.  

Cheese cake yang sangat sedap. Macam aiskrim, serius tak tipu. Baby irham makan lebih separuh, memang sedap. Makan kentang putar lagi, banyak sangat baby irham makan gara-gara penat seharian berjalan sakan. 

Baby irham pantang suapkan makanan, semua benda dia makan kecuali makanan harian dia. Maklumlah budak nak membesar nak makan makanan orang dewasa. Pandai Cik Lang suap baby irham.

Keluarga bahagia, baba dan ibu baby irham. Seronok sangat baby irham hari ini dapat luangka  masa bersama baba dan ibu, selalunya baby irham main dengan pengasuh je tiap-tiap hari. 

Keluarga Mustafa. Terima kasih abah dan ma kerana menjaga dan membesarkan kami empat beradik dengan penuh kasih sayang. Hanya Allah. S.W.T sahaja yang dapat membalas kebaikan dan pengorbanan abah dan ma dalam hidup kami. 

0 comments :

Post a Comment