Bagi peminat drama Korea sudah pasti telah menyedari kewujudan drama ini. "Emergency Couple" gandingan hebat Song Ji-Hyo yang terkenal dengan "Running Man" dan Choi Jin-Hyuk pula pelakon yang semakin mendapat nama dihati peminat yang terkenal dengan drama "The Heirs". Kedua-dua pelakon ini nampak serasi bersama. Tahniah kepada Choi Jin-Hyuk kerana berjaya membawa watak sebagai Oh Chang-Min, watak tersebut jika diikutkan jauh berbeza dengan watak didalam "The Heirs".
Sinopsis:
Jin-Hee (Song Ji-Hyo) seorang pelajar sains makanan. Dia kemudian bertemu dengan seorang pelajar sekolah perubatan Chang-Min (Choi Jin-Hyuk) yang berasal daripada keturunan doktor. Mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin walaupun dihalang oleh keluarga Oh Chang-Min. Selepas berkahwin, Chang-Min bertindak berhenti daripada latihan perubatannya dan mula bekerja sebagai jurujual ubat-ubatan. Kehidupan perkahwinan mereka tidak bahagia.
Keluarga Chang-Min memandang rendah kepada Jin-Hee dan juga Chang-Min seolah-olah berubah. Chang-Min mula berfikir menyesal mengawini Jin-Hee dan mereka akhirnya bercerai.
Selepas perceraian mereka, Jin-Hee menjadi seorang pelajar perubatan dan kini bekerja sebagai pelatih. Chang-Min juga lulus dari sekolah perubatan dan mula bekerja sebagai pelatih. Satu hari, mereka bertemu di dalam bilik kecemasan sebuah hospital di mana kedua-dua mereka akan bekerja bersama-sama.
Apa yang akan berlaku seterusnya? Adakah mereka akan bertindak tidak mengenali antara satu sama lain? Atau mereka terus bergaduh seperti dahulu? Atau adakah cinta yang lama berputik kembali? Sama-sama kita saksikan.
0 comments :
Post a Comment