Dalam islam, mengingati mati itu adalah baik dan amat digalakkan kerana apabila seseorang mengingati mati mereka akan menginsafi dan muhasabah diri dengan kesilapan mereka yang lepas. Sunat hukumnya mengingati mati. Hanya dengan mengingati mati kita akan memperoleh pahala percuma daripada Allah S.W.T. Untuk mendapatkan pahala mengingati mati kita haruslah sentiasa menyebut mengenai kematian supaya menyedarkan diri bahawa mati itu pasti.
Rasullah SAW sendiri tidak kurang dua puluh kali sehari mengingati mati, tetapi tidak diri kita yang hanya umat biasa. Mengingati mati secara tidak langsung dapat mengawal diri kita supaya tidak terlalu leka dengan keindahan dunia sesungguhnya keseronokkan dan keindahan dunia telah menarik manusia ke lembah hina.
Tahukah anda bahawa mati itu teramat sakit aiatu sperti ditetak 300 kali dengan pedang. Rasullah SAW bersabda dengan maksudnya:
"Hendaklah kamu bayangkan mengingati mati itu kerana mengingati mati boleh menghapuskan dosa dan boleh mendorong seseorang itu zuhud di dunia"
(Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya)
Daripada hadis tersebut menunjukkan mengingati mati boleh menghapuskan dosa dan boleh menimbulkan rasa zuhud selama didunia. Bagi yang tidak tahu, zuhud dari segi bahasa bermaksud kurang kemahuan terhadap sesuatu dan dari segi istilah pula bermaksud membuang kesenangan dunia untuk mencapai kesenangan akhirat. Dalam kata lain, zuhud sebenarnya ialah orang yang hatinya tidak terpaut pada dunia sungguhpun dunia dikendalinya ataupun dalam penguasaannya.
Oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah diri supaya sentiasa mengingati mati kerana terdapat kebaikan disebaliknya seperti dapat menginsafi diri daripada dosa-dosa yang lepas. Nikmat kehidupan sebenar hanya apabila malaikat maut datang menjemput. Jom baca dan selami artikel di bawah.

0 comments :
Post a Comment