Thursday, 8 May 2014

Tentunya ramai yang sudah menyedari kewujudan Maggi Ketam kerana rasanya yang sangat  enak itu. Menurut cerita, Maggi Ketam berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan dan asal usul terjadinya Maggi Ketam dikatakan berasal daripada nelayan kerana nelayan akan membawa Maggi sebagai bekalan makanan mereka semasa di lautan. Terjadinya Maggi Ketam apabila mereka menangkap ketam dan dimakan bersama Maggi sebagai penambah selera semasa dilautan. Al kisahnya macam itulah asal usul terjadinya Maggi Ketam ini menurut cerita orang-orang tua. Cara pembuatannya pula cukup senang kerana tidak memerlukan terlampau banyak bahan. Ianya sangat sesuai untuk di masak oleh golongan bujang khususnya lelaki.


Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Ketam 2 ekor
Maggi 2 bungkus
Bawang merah 2 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia
Serai sebatang
*Daun sup
*Daun bawang
*Limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan air secukupnya dan rebus ketam sehingga masak.

2. Sementara menunggu ketam masak, masukkan serai dan halia. Tambahkan garam, gula, ajinomoto secukup rasa.

3. Apabila ketam sudah masak, angkat dan toskan. Masukkan maggi  kedalam kuah ketam selama beberapa minit dan maggi ketam sedia dihidang. Kalau nak rasa lebih sedap, tambahkan daun sup, daun bawang dan limau nipis.

Maggi Ketam Nipah hasil air tangan sendiri. Bangga sebab memang sedap. Terima kasih kepada "housemate" merangkap "officemate" sebab beri kepercayaan untuk masakkan maggi ketam ini walaupun bahan tidak mencukupi. Tapi Alhamdulillah, sedap. Isi ketamnya sangat manis dan lain dari ketam biasa. Maggi Ketam sangat senang untuk dibuat walaupun bahan tidak mencukupi kerana air rebusan secara automatik menjadi sedap kerana ketamnya. 


Yang ini pula Maggi Ketam Nipah ma tersayang yang buat. Ketam Nipah dari Terengganu ke Kelantan, kalau tak silap RM28.00 sekilo, murah kan? Ketam masih segar dan masih hidup semasa dibeli. Sesiapa yang belum cuba bolehlah mencuba.

0 comments :

Post a Comment