Friday, 4 April 2014

Lima Rukun Islam:
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Mendirikan solat
  3. Menunaikan zakat
  4. Berpuasa dibulan Ramadhan
  5. Menunaikan haji (bagi yang mampu)

Solat merupakan rukun islam kedua, kita sebagai seorang umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Solat itu tiang agama kerana ianya dapat menempis segala nafsu atau perbuatan yang tidak baik yang akan memudaratkan diri kita.  Mahupun begitu, sedar atau tidak sedar kita sentiasa melakukan kesalahan dalam solat. Untuk khusyuk dan sah dalam solat, kita perlu memperbaiki kesalahan-kesalahan seperti berikut: 

Tidak berdiri lurus

  • Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat
Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah


  • Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah rukun qauli. Maka, ia wajib dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ
Kesalahan dalam Al-Fatihah


  • Membaca surah Al-Fatihah merupakan rukun qauli yang wajib dilafzakan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca Al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka ianya boleh membatalkan solat.
Tidak thoma'ninah (berhenti seketika)


  • Dalam rukuk, sujud dan i'tidal, kita mestilah thoma'ninah (berhenti seketika). Kadar minimum untuk rukuk, sujud atau i'tidal adalah dengan kadar lafaz "subhanallah".
Sujud yang tidak sempurna


  • Tujuh anggota sujud tidak dikenakan di atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah muka (termasuk dahi dan hidung), kedua tapak tangan, kedua lutut dan penghujung dua tapak kaki (ibu jari). Tahukah kamu seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri dalam solatnya. Maksudnya ialah mereka yang tidak sujud dan rukuk dengan sempurna.
Tangan berayun-ayun semasa iktidal


  • Melakukan pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat.
Tiada i'tidal selepas rukuk


  • Tidak berhenti seketika yakni tidak beri'tidal selepas rukuk
Melakukan beberapa tukun solat serentak


  • Contohnya, bacaan belum habis dibaca tetapi telah bergerak ke rukun seterusnya.
Perkongsian ini adalah untuk diri sendiri dan untuk seluruh umat islam supaya kita sama-sama memperbaiki diri dan menyedari kesalahan-kesalahan yang sentiasa kita lakukan dalam solata agar solat kita diterima oleh Allah S.W.T.








0 comments :

Post a Comment