Terdapat beberapa jenis cara yang dapat kita lakukan untuk menghilangkan bintik hitam, antaraya ialah:
1. Putih Telur
Dengan hanya menggunakan putih telur dapat membantu mengurangkan bitik hitam di wajah anda. Cara-caranya ialah:
- Ambil sebiji telur,
- Pecahkan dan pisahkan antara kuning dan putih telur.
- Kacau putih telur sehingga berbuih.
- Guna tisu atau kapas dan rendam didalam putih telur
- Letakkan tisu atau kapas yang telah direndam tadi di sekitar muka
- Pakai sehingga tisu atau kapas tersebut kering
- Setelah kering, basuh muka dengan pencuci muka dan lap dengan kain yang bersih
2. Wap (Wapkan Wajah)
Cara ini paling senang untuk di cuba terutamanya bagi wanita berkejaya. Kaedah wapkan wajah dapat membantu membuka liang roma yang tersumbat dan hasilnya bintik hitam tidak lagi menjadi penghuni tetap di kulit muka. Caranya senang sahaja iaitu:
- Panaskan air sehingga mendidih
- Masukkan air yang mendidih itu tadi didalam sebuah bekas besar (pastikan bekas tersebut dapat menampung air panas)
- Sediakan tuala kecil yang bersih (pastikan dapat menutupi seluruh muka)
- Ambil bekas yang diletakkan air panas itu tadi dan letakkan muka dihadapan bekas tersebut sambil ditutupi dengan tuala kecil untuk membolehkan wap-wap air panas terkena pada muka.
- Wapkan selama 10 minit dan basuh muka dengan pencuci muka.
0 comments :
Post a Comment