Saturday, 5 April 2014


Tepat jam 11.25 malam pada 27.06.2013 lahirlah seorang baby yang menjadi penyeri buat keluarga Mustafa iaitu yang diberi nama Muhammad Irham Az'Ziqry bin Muhammad Hafiz. Terima kasih Ya Allah Ya Tuhanku kerana kurniaan yang cukup hebat ini. Semoga keluarga kami terus diberkati dan dirahmati olehNYA. Cucu pertama buat keluarga kami. Kehilangan arwah nenek diganti dengan kehadiran baby irham. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

Saat-saat menunggu kehadiran cucu pertama keluarga kami sangat mencemaskan kerana baby irham terpaksa disedut dengan vacum oleh doktor kerana baby sudah lemas. Kepala baby bengkak akibat disedut dengan vacum dan terpaksa diletakkan di dalam incubator selama dua tiga hari. Tetapi alhamdulillah semuanya selamat.


Baby Irham tidur dengan nyenyak
Tok Bah, Tok Ma, Cik Ngah, Cik Lang dan Cik Su melawat baby irham di rumah Atok.



0 comments :

Post a Comment