Maggi merupakan makanan sampingan yang dapat dipelbagaikan resepi contohnya seperti Murtabak Maggi, Kerabu Maggi dan Maggi Goreng. Selain daripada murtabak ayam dan daging, murtabak Maggi juga menjadi kegemaran ramai tetapi malangnya murtabak Maggi sukar untuk didapati dimana-mana kedai makan. Terpaksalah cari alternatif lain iaitu buat sendiri. Bagi yang tidak pernah cuba buat murtabak Maggi jangan risau kerana caranya teramatlah senang dan tidak perlu guna bahan yang banyak.
BAHAN-BAHAN:
1 PAKET MAGGI PERISA KARI
PERENCAH MAGGI
ISI AYAM (DIPOTONG DADU)
2 BII TELUR
2 ULAS BAWANG PUTIH
1 ULAS BAWANG MERAH
DAUN BAWANG
DAUN SUP
2 BII TELUR
2 ULAS BAWANG PUTIH
1 ULAS BAWANG MERAH
DAUN BAWANG
DAUN SUP
CARA-CARA
- Mula-mula rebus Maggi tanpa perencah selama 3-5 minit
- Toskan Maggi yang telah masak dan biarkan
- Kupas bawang putih dan bawang merah dan potong kecil
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah
- Masukkan ayam yang telah dipotong dan digoreng sampai masak.
- Pecahkan telur dua biji dalam sebuah mangkuk sederhana besar
- Masukkan Maggi yang telah ditoskan tadi bersama ayam yang telah siap digoreng ke dalam telur tersebut
- Masukkan perencah Maggi
- Potong daun bawang dan daun sup secukupnya dan masukkan kedalam campuran Maggi dan ayam
- Kacau hingga sebati.
- Panaskan minyak dan masukkan Maggi yang telah siap dikacau itu tadi.
- Goreng sampai masak ikut bentuk segi empat atau mana-mana bentuk mengikut citarasa
- Siap untuk dihidang dan dimakan
0 comments :
Post a Comment