Sunday, 6 April 2014

Lahirnya baby Muhammad Irham Az-Ziqry ke dunia ini banyak memberi sinar keceriaan dan kebahagiaan kepada keluarga kami kerana beliau adalah cucu pertama yang amat dinantikan.

Seawal dua bulan baby irham dilahirkan ke dunia ini terus menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Gambar ini diambil semasa Hari Raya Aidilfitri di rumah Tok Nek baby irham di Kampung Tok Uban Pasir Mas, Kelantan. Kesian baby penat beraya sampai minum susu pun sambil tidur.

Gambar yang ini pula semasa baby irham turut sama pergi rombongan menghantar menantu Mak Ngahnya. 
Kesian baby tidur keletihan.

Gambar ini semasa hari terakhir baby irham dan ibu berpantang di Kelantan, baby akan balik kerumahnya di Gombak, Selangor menemani babanya. Punyalah sayang Tok Bah dan Tok Ma kepada baby irham, sanggup pergi bersama untuk menemani ibu dan baba irham ke Gombak. Cik Ngah, Cik Lang dan Cik Su pun ikut sama. 

Selepas beberapa hari berada di Gombak sudah nak balik ke Kelantan dan tinggalkan baby irham dengan Ibu dan Baba. Apakan daya cuti tak banyak. Semuanya gambar baby irham sedang tidur, ini adalah kerana baby irham memang suka tidur, tidak mustahillah makin montel dan tembam.

0 comments :

Post a Comment