Koktel buah-buahan senang, cepat dan sedap! 10 minit siap! Serius senang
kerana tak perlu dimasak pun, hanya campurkan kesemua bahan-bahan yang telah
tersedia dan siap. Sesuai dihidang semasa minum petang bersama keluarga
tersayang.
BAHAN-BAHAN
1 TIN SUSU
CAIR
1 TIN KOKTEL
BUAH-BUAHAN (MAKE SURE ADA LOGO HALAL)
1 TIN BUAH
LAICI
*1 TIN BUAH
RAMBUTAN
1 BEKAS NATA
DE COCO (NAK GUNA SEPARUH PN OKEY)
*JELI /
PUDING WARNA-WARNI
*EPAL (IKUT
SUKA)
*ANGGUR
(IKUT SUKA)
*BUAH KISMIS
(IKUT SUKA)
*SUSU PEKAT
MANIS (SECUKUP RASA)
AIS
SECUKUPNYA
CARA-CARA
- Potong epal dan anggur menjadi potongan yang kecil. Pastikan kulit epal dibuang.
- Masukkan kesemua bahan-bahan tadi kecuali susu pekat dan ais dalam satu bekas dan masukkan juga epal dan anggur yang telah dipotong kecil itu tadi. Diingatkan supaya menggunakan bekas yang besar.
- Masukkan susu pekat secukupnya.
- Masukkan ais dan sedia dihidang.
*Bahan-bahan ini hanyalah bahan sampingan, kalau tak ada pun
tak apa. Tetapi jika nak lebih sedap perlu ada. Sesetengah orang pula suka
gantikan susu dengan gula tetapi jika nak dibandingan, susu lebih sedap dan
nampak lebih pekat.
Sebenarnya pelbagai jenis buah-buahan boleh dicampurkan
bersam koktel ini mengikut cita rasa masing-masing, tetapi elakkan daripada
letak buah limau atau buah yang berasid kerana asid buah tersebut akan
mencacatkan warna koktel.
0 comments :
Post a Comment